nuffnang

Wednesday, 3 July 2013

kari sardin


Imga0748

Bahan-bahan ( 4-5 org kot )

  • 1 tin sardin 425gm - brand apa pun x kisah
  • 1 labu bwg besar - hiris nipis
  • 5 biji bwg merah - hiris nipis
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bwg putih
  • bhn* d tumbuk sedikit kasar
  • 1 btg serai - ketuk aja
  • 1 sudu teh (rata) - halba campur
  • 1 paket kecil srbuk kari ikan
  • 1 @ 2 sudu besar cili kering kisar
  • 8 biji cili api - letak sebiji2
  • 2 biji tomato - potong 4@8
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 keping asam gelugor
  • 2@3 biji kntang - kupas kulit/goreng sebiji2/potong
  • garam cukup rasa
  • 2 1/2 cawan air panas
  • daun kari

Cara-cara

  1. Panaskn 1/3 cawan minyak @ agak2 la...
  2. Tumis bhn*, bwg besar, bwg merah, serai, daun kari d ikuti halba campur hingga naik bau & sedikit garing
  3. Masukkn rempah kari(x prlu bncuh dgn air), kecilkn api - kacau mesra d ikuti cili kering kisar, cili api, asam gelugor & kicap manis biar kejap...boleh letak 1 cawan air panas
  4. Bila rempah naik bau & pecah minyak, boleh masukkn ikn sardin brsama sos nya juga & 1 1/2 cawan air panas - biar kuah mereneh prlahan-lahan dgn api kecil - sesuai rasa garam nya
  5. Agak2 dah ok & kuah pun pekat, masukkn tomato & kntang - tomato 1/2 masak, tutup api
  6. Imga0785
    Boleh lah d hidangkn panas2 gtew...cuba lah, respi mudah aja ;)

sambal tumis peria


Foto0625e001

Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

  • 3 ulas bwg putih & bwg merah, 1 cm halia } di hiris @ ditumbuk
  • Sehelai daun pandan
  • Ikan bilis ( ikut kesesuaian ) } tumbuk lebam2 je @ goreng
  • 5 sb cili kisar (+ - ikut kesesuaian)
  • Asam keping @ Air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Perasa (jika perlu)
  • 100 gm peria ( di rendam dlm air garam )
  • Note :~ 1. tujuan peria d rendam dlm air garam utk myingkirkn sisa racun & mgurangkan rasa pahit peria @ rendam dlm air basuhan beras ( petua mak ) tp mak kata yg pahit tu la jd ubat. ~ 2. campurkan sdikit garam ketika hendak merebus cili kering u

Cara-cara

  1. Foto0621e001
    Tumis daun pandan, bawang & halia hingga naik bau & kekuningan.
  2. Foto0623e001
    Masukkan cili kisar & sedikit air kacau rata agak kering masukkan ikan bilis tumbuk & asam kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Foto0620e001
    Kemudian masukkan peria, garam & gula secukup rasa jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria masak. siap dinikmati. ( gambar peria blm d potong )
  4. Jika guna ikan bilis goreng masukkan pada cara @ no 3. Selamat mencuba.

bendi goreng pedal

Cimg1677a

Bahan-bahan ( 1 pinggan )

  • 10 biji bendi di potong serong
  • 6 ketul pedal ayam (boleh di ganti dgn seafood , ayam dan daging)
  • 5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
  • 2 ulas bawang putih di mayang halus
  • 1 biji bawang besardi mayang halus
  • Lada sulah
  • Garam dan ajinamoto

Cara-cara

  1. Pedal di potong kecil kecil kemudian campur sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih serta cili api. Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang. Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto. Siap untuk di santap bersama.
  2. *Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.

tlrur rebus goreng masala

Cimg1471a

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji telur yang telah direbus
  • 1 1/2 sudu serbuk kari masala (boleh juga guna rempah kari ayam kalu takde rempah masala)
  • 3 biji bawang besar merah di mayang halus
  • 1 Kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Sedikit garam n serbuk perisa

Cara-cara

  1. Goreng telur rebus dengan sedikit minyak, setelah garing angkat.
  2. Cimg1497
    Di kuali yang sama letak kulit kayu manis dan daun kari. Letak serbuk rempah masalah, sedikit air dan sebuk kari, masak sehingga naik minyak. Kemudian letak bawang dan 1/2 cawan air serta garam secukup rasa. Masak sehingga bawang tu layu.
  3. Siap utk disantap. Sesuai makan dengan roti canai, nasi dan roti.

kuih bangkit




Download

Bahan-bahan ( 40 biji )

  • 4 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 4 biji telur ayam
  • 3 cawan santan pekat

Cara-cara

  1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
  2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
  3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
  4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
  5. Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
  6. Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.







Ayam Masak Lemak Cili Pad





bahan-bahan

  • 500 g ayam
  • 2 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 10 tangkai cili padi*
  • Kunyit hidup secukupnya*
  • 1 btg serai
  • 1 keping asam gelugur
  • 250ml santan pekat
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  1. Tumbuk bahan bertanda sampai lumat
  2. Panaskan minyak,tumis beserta serai yg diketuk hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dengan ikhlas hati
  4. Biarkan kejap,jika perlu tambah sikit air
  5. Pastu masukkan asam keping & santan pekat.
  6. Perasakan dgn garam & serbuk perasa.
  7. Biarkan hingga masak.

terung tempe bercili



Bahan-bahan :
1 keping tempe - dipotong panjang 
sebatang terung bersaiz sederhana - dipotong bulat
3 ulasbawang putih
2 biji bawang merah besar
1 biji cili merah
3 sudu besar cabai melaka ditumbuk halus dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
sedikit air
garam secukup rasa 
serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Tempe digoreng sehingga kekuningan. Terung digoreng sehingga lembut. Angkat kedua-duanya dan toskan.
  2. Bawang putih dan merah serta cili merah dihiris nipis.
  3. Goreng bawang dan cili merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cabai melaka yang ditumbuk , gula dan sedikit garam.kacau hingga hampir garing. 
  5. Masukkan tempe dan terung. Masukkan sedikit air, perisakan dan kacau hingga agak-agak bersalut dan masak elok.