Wednesday, 3 July 2013

kari sardin


Imga0748

Bahan-bahan ( 4-5 org kot )

  • 1 tin sardin 425gm - brand apa pun x kisah
  • 1 labu bwg besar - hiris nipis
  • 5 biji bwg merah - hiris nipis
  • *1 inci halia
  • *4 ulas bwg putih
  • bhn* d tumbuk sedikit kasar
  • 1 btg serai - ketuk aja
  • 1 sudu teh (rata) - halba campur
  • 1 paket kecil srbuk kari ikan
  • 1 @ 2 sudu besar cili kering kisar
  • 8 biji cili api - letak sebiji2
  • 2 biji tomato - potong 4@8
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 keping asam gelugor
  • 2@3 biji kntang - kupas kulit/goreng sebiji2/potong
  • garam cukup rasa
  • 2 1/2 cawan air panas
  • daun kari

Cara-cara

  1. Panaskn 1/3 cawan minyak @ agak2 la...
  2. Tumis bhn*, bwg besar, bwg merah, serai, daun kari d ikuti halba campur hingga naik bau & sedikit garing
  3. Masukkn rempah kari(x prlu bncuh dgn air), kecilkn api - kacau mesra d ikuti cili kering kisar, cili api, asam gelugor & kicap manis biar kejap...boleh letak 1 cawan air panas
  4. Bila rempah naik bau & pecah minyak, boleh masukkn ikn sardin brsama sos nya juga & 1 1/2 cawan air panas - biar kuah mereneh prlahan-lahan dgn api kecil - sesuai rasa garam nya
  5. Agak2 dah ok & kuah pun pekat, masukkn tomato & kntang - tomato 1/2 masak, tutup api
  6. Imga0785
    Boleh lah d hidangkn panas2 gtew...cuba lah, respi mudah aja ;)

sambal tumis peria


Foto0625e001

Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

  • 3 ulas bwg putih & bwg merah, 1 cm halia } di hiris @ ditumbuk
  • Sehelai daun pandan
  • Ikan bilis ( ikut kesesuaian ) } tumbuk lebam2 je @ goreng
  • 5 sb cili kisar (+ - ikut kesesuaian)
  • Asam keping @ Air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Perasa (jika perlu)
  • 100 gm peria ( di rendam dlm air garam )
  • Note :~ 1. tujuan peria d rendam dlm air garam utk myingkirkn sisa racun & mgurangkan rasa pahit peria @ rendam dlm air basuhan beras ( petua mak ) tp mak kata yg pahit tu la jd ubat. ~ 2. campurkan sdikit garam ketika hendak merebus cili kering u

Cara-cara

  1. Foto0621e001
    Tumis daun pandan, bawang & halia hingga naik bau & kekuningan.
  2. Foto0623e001
    Masukkan cili kisar & sedikit air kacau rata agak kering masukkan ikan bilis tumbuk & asam kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Foto0620e001
    Kemudian masukkan peria, garam & gula secukup rasa jika suka berkuah boleh tambah sedikit air. kacau sehingga peria masak. siap dinikmati. ( gambar peria blm d potong )
  4. Jika guna ikan bilis goreng masukkan pada cara @ no 3. Selamat mencuba.

bendi goreng pedal

Cimg1677a

Bahan-bahan ( 1 pinggan )

  • 10 biji bendi di potong serong
  • 6 ketul pedal ayam (boleh di ganti dgn seafood , ayam dan daging)
  • 5 biji cili api di potong halus ( boleh juga dikisar)
  • 2 ulas bawang putih di mayang halus
  • 1 biji bawang besardi mayang halus
  • Lada sulah
  • Garam dan ajinamoto

Cara-cara

  1. Pedal di potong kecil kecil kemudian campur sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak kemudian goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang putih serta cili api. Goreng hingga layu, kemudian masukkan bendi dan bawang. Masukan lada sulah, garam dan ajinamoto. Siap untuk di santap bersama.
  2. *Bendi jangan digoreng lama kerana bendi akan layu dan keluarkan lendir nanti.

tlrur rebus goreng masala

Cimg1471a

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji telur yang telah direbus
  • 1 1/2 sudu serbuk kari masala (boleh juga guna rempah kari ayam kalu takde rempah masala)
  • 3 biji bawang besar merah di mayang halus
  • 1 Kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Sedikit garam n serbuk perisa

Cara-cara

  1. Goreng telur rebus dengan sedikit minyak, setelah garing angkat.
  2. Cimg1497
    Di kuali yang sama letak kulit kayu manis dan daun kari. Letak serbuk rempah masalah, sedikit air dan sebuk kari, masak sehingga naik minyak. Kemudian letak bawang dan 1/2 cawan air serta garam secukup rasa. Masak sehingga bawang tu layu.
  3. Siap utk disantap. Sesuai makan dengan roti canai, nasi dan roti.

kuih bangkit




Download

Bahan-bahan ( 40 biji )

  • 4 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 4 biji telur ayam
  • 3 cawan santan pekat

Cara-cara

  1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
  2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
  3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
  4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
  5. Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
  6. Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.







Ayam Masak Lemak Cili Pad





bahan-bahan

  • 500 g ayam
  • 2 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 10 tangkai cili padi*
  • Kunyit hidup secukupnya*
  • 1 btg serai
  • 1 keping asam gelugur
  • 250ml santan pekat
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  1. Tumbuk bahan bertanda sampai lumat
  2. Panaskan minyak,tumis beserta serai yg diketuk hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dengan ikhlas hati
  4. Biarkan kejap,jika perlu tambah sikit air
  5. Pastu masukkan asam keping & santan pekat.
  6. Perasakan dgn garam & serbuk perasa.
  7. Biarkan hingga masak.

terung tempe bercili



Bahan-bahan :
1 keping tempe - dipotong panjang 
sebatang terung bersaiz sederhana - dipotong bulat
3 ulasbawang putih
2 biji bawang merah besar
1 biji cili merah
3 sudu besar cabai melaka ditumbuk halus dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
sedikit air
garam secukup rasa 
serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Tempe digoreng sehingga kekuningan. Terung digoreng sehingga lembut. Angkat kedua-duanya dan toskan.
  2. Bawang putih dan merah serta cili merah dihiris nipis.
  3. Goreng bawang dan cili merah sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cabai melaka yang ditumbuk , gula dan sedikit garam.kacau hingga hampir garing. 
  5. Masukkan tempe dan terung. Masukkan sedikit air, perisakan dan kacau hingga agak-agak bersalut dan masak elok.

kuih penyaram



Nak cuba ke??meh try meh...
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/2 kg gula pasir
  • 200 gm gula apong
  • 500 ml air sejuk
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya :
  1. Ayak tepung beras bersama tepung gandum
  2. Masukkan gula pasir dan gaul rata
  3. Masukkan gula apong yang sudah dibancuh dengan air dan tapis
  4. Gaul rata*boleh juga ditapis lagi..
  5. Biarkan semalaman
  6. Gunakan kuali kecil untuk menggoreng dengan minyak mengikut saiz yg dikehendaki.
  7. Gunakan api sederhana kecil,sendukkan adunan dan tuang perlahan di tengah-tengah.
  8. Terbalikkan dan biarkan masak.
Tips : 1-Tapis dua kali untuk hasil lebih lembut
2-Biarkan semalaman untuk hasil yg best
3-Kata org tua2,kuih ni kalau digoreng awal pagi,senang nak jadi.huuuu..

kuih lapis tradisi



Bahan :
  • 800 g tepung gandum
  • 2 paket serbuk santan
  • 1 tbs garam
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 liter air
  • 1 tbs perisa sirap ros
  • pewarna merah jambu secukupnya *optional
Caranya :
  1. Panaskan kukusan hingga mendidih
  2. Satukan kesemua bahan,gaul sebati menggunakan handwhisk.
  3. Tapiskan adunan dalam bekas berlainan.Bahagikan kepada 2 bahagian
  4. Warnakan satu bahagian dengan pewarna merah jambu dan perisakan dengan sirap rose.
  5. Biarkan sebahagian adunan dengan warna asal *optional
  6. Gliskan loyang dengan minyak masak
  7. Lapiskan adunan berwarna putih dengan senduk,*ryo guna 4 senduk untuk 1 warna
  8. Kukus sebentar,bila adunan putih dah masak,tuang pula adunan merah jambu.
  9. Ulang teknik melapis hingga adunan habis (satu adunan lebih kurang 5 minit).Biarkan hingga masak (lebih kurang 35 minit)
  10. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

Hinava, Makanan Tradisi Kaum Kadazan-Dusun


Gambar Hinava Makanan Kaum Kadazandusun Hinava, Makanan Tradisi Kaum Kadazan Dusun


Resipi Hinava



Bahan-bahan

  • Ikan Tenggiri ( Sederhana)
  • 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
  • Sedikit garam, serbuk perasa, Halia

Cara-cara

  1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
  2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
  3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
  4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.

Masak lemak pucuk ubi N ikan masin


Dsc01031

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 ikat pucuk ubi - direbus hingga lembut
  • 1 biji kelapa - diambil santannya
  • 2 biji bawang besar}
  • Cili padi (RM1.00) } ke3 bahan ini diblend
  • Sedikit kunyit hidup }
  • 200gm ikan talang - cari yg tulang2
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit - dicarik-carik
  • Garam dan Gula - secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan santan dan bahan yang diblend tadi kedalam periuk. Masukkan tulang ikan talang biarkan hingga mendidih sedikit.
  2. Kemudian masukkan pucuk ubi yang telah direbus, serai dan daun kunyit. Perasakan garam dan gulanya.
  3. Biarkan mendidih selama lebih kurang 10 minit barulah ditutup apinya. ( hendaklah sentiasa dikacau agar ianya tidak berkepala.)
  4. Sedia untuk dihidangkan